Kredit JBPM Sabah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia 21 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut di perairan Pulau Mengalum di sini pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian itu 9.30 pagi tadi daripada Pusat Kawalan Komunikasi Polis Diraja Malaysia di Kota Kinabalu yang memohon bantuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa.

“Mengikut maklumat yang diterima, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekerja mangsa yang memaklumkan telah berlaku perlanggaran bot di lokasi kejadian kira-kira 9.30 pagi 4 Mei lepas,” menurut kenyataan itu.

PGO JBPM Sabah memaklumkan semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Nur Amin dilaporkan telah terjatuh ke laut dan hilang.

“Pengadu bersama rakan-rakan telah melaksanakan pencarian awal di lokasi kejadian, namun mangsa masih belum ditemukan.

“Pihak polis telah mengaktifkan operasi SAR pagi ini melibatkan radius kira-kira 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast