ADUN daripada blok kerajaan mengangkat tangan dalam proses pengundian RUU lantikan lima ADUN di sidang DUN, Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri, hari ini

ISKANDAR PUTERI – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan usul rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan berhubung lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Ia selepas RUU itu mendapat undian dua pertiga melibatkan 40 daripada 56 ADUN yang semuanya daripada blok kerajaan.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memaklumkan, pelantikan tersebut berdasarkan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor Bahagian Ke-2 Pindaan 2026.

Ini bertujuan memperluaskan komposisi DUN dengan memperkenalkan ADUN lantikan selepas lantikan yang sama dilakukan di Pahang, Terengganu dan Sabah.

Lima ADUN dilantik itu kelak akan terlibat dalam perbahasan dan penggubalan dasar dalam sidang DUN Johor nanti.

Usul tersebut sebelum ini mencetuskan perdebatan mengenai keperluan sebenar berbanding kepentingan politik terutama bantahan daripada pihak pengimbang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast