Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 67.2 kilogram bunga ganja bernilai RM5.4 juta menerusi penahanan tiga lelaki dan seorang wanita warga asing di Terminal KLIA, 28 April lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 27 tahun itu ditahan selepas empat bagasi mencurigakan dikesan ketika melalui mesin pengimbas. Pemeriksaan menemukan 64 bungkusan plastik mengandungi dadah disyaki bunga ganja, selain wang tunai, mata wang asing dan jam tangan mewah turut dirampas. Tiga suspek didapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast