Tomok dan isteri. Rahayu Abas. Foto IG Rahayu Abas.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Tomok dan isteri, Rahayu Abas merupakan antara yang terpilih sebagai tetamu Allah SWT yang ‘dijemput’ untuk menunaikan ibadah haji di Makkah tahun ini.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi dengan nama asal Shah Indrawan Ismail itu dan isterinya menerusi hantaran di Instagram di sini.

“Alhamdulillah dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami.

“Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmat-Nya. Insya-Allah,” kongsi Rahayu.

Menerusi perkongsian sama, Rahayu memuat naik foto dirinya bersama Tomok dan tiga lagi anak mereka, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast