Foto: AFP

TEHRAN – Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) berjaya menjalankan 6,000 operasi bantuan semasa perang baru-baru ini dan menyelamatkan 7,200 individu yang terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan peluru berpandu musuh, kata ketua organisasi itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Bercakap pada ulang tahun penubuhan IRCS, Pirhossein Kolivand berkata 140,528 tapak awam mengalami kerosakan antara 15 hingga 20 peratus semasa serangan Amerika Syarikat dan Israel, termasuk lebih 123,000 bangunan kediaman.

Beliau berkata 350 kemudahan perubatan termasuk farmasi, hospital dan pusat kesihatan rosak teruk.

Selain itu, 32 universiti dan hampir 993 pusat dan sekolah pendidikan, termasuk sekolah rendah perempuan di selatan bandar Minab, menjadi sasaran maut.

Ketua IRCS juga menekankan bahawa 56 pusat Bulan Sabit Merah terkena tembakan musuh secara langsung.

Mengenai usaha antarabangsa, beliau menambah bahawa sejak hari pertama perang, IRCS menyusun dokumen pelanggaran undang-undang kemanusiaan dan menyerahkan rekod tersebut kepada badan antarabangsa termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC). – BERNAMA-IRNA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast