Batik Air menang anugerah ‘Pengalaman Perjalanan Premium’ pada Anugerah BISNES Sinar Harian (BISA) 2026 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Batik Air terus mengukuhkan reputasinya dalam industri penerbangan apabila merangkul Anugerah Pengalaman Perjalanan Premium pada Anugerah BISNES Sinar Harian (BISA) 2026 baru-baru ini.

Pengiktirafan itu diberikan susulan komitmen syarikat penerbangan berkenaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengalaman perjalanan pelanggan secara menyeluruh.

Anugerah tersebut turut mencerminkan usaha berterusan Batik Air dalam memperkemaskan pelbagai aspek perjalanan penumpang termasuk proses tempahan tiket, daftar masuk, pengalaman dalam penerbangan dan kecekapan operasi rangkaiannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Chandran Rama Muthy berkata, pengiktirafan itu menjadi satu suntikan semangat kepada syarikat untuk terus memperkukuh standard perkhidmatan kepada pelanggan.

Menurut Datuk Chandran, Batik Air sentiasa meletakkan kepuasan dan keselesaan penumpang sebagai keutamaan dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy

“Pengiktirafan ini mencerminkan perkembangan positif Batik Air dan mengukuhkan lagi komitmen kami untuk terus meningkatkan pengalaman perjalanan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih konsisten, selesa dan dipercayai,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah BISA 2026 mengiktiraf organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sumbangan signifikan dalam sektor masing-masing.

Dalam perkembangan sama, Batik Air turut merekodkan peningkatan prestasi operasi pada April lalu apabila mencapai prestasi ketepatan masa penerbangan (OTP) keseluruhan sebanyak 81 peratus.

Operasi syarikat di Kuala Lumpur International Airport pula mencatat OTP sebanyak 84 peratus, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding prestasi pada suku pertama tahun ini.

Menurut Batik Air, peningkatan itu didorong pelbagai langkah penambahbaikan operasi termasuk penyelarasan jadual penerbangan, kecekapan masa pusingan pesawat dan perancangan operasi yang lebih sistematik.

Syarikat penerbangan itu berkata, pihaknya akan terus memberi fokus kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan kebolehpercayaan operasi bagi memastikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast