Nur Diyana Alyaa Zainari

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang sejak 9 Mei lalu.

Polis Daerah Kota Setar dalam kenyataan memaklumkan, mangsa, Nur Diyana Alyaa Zainari, 17, yang kali terakhir dilihat keluar menaiki kenderaan bernombor pendaftaran KDS 6082 jenis perodua Alza berwarna putih.

Mangsa berketinggian 160 sentimeter (cm), berat 70 kilogram (kg) berkulit cerah. Diyana dipercayai memakai baju warna putih, berseluar hitam dan memakai tudung, katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sjn Siti Hajjar Binti Abd Gani di talian 04-7747222 sambungan 7184 atau Pusat Kawalan Daerah di talian 04-7326999. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast