Beberapa kenderaan membawa pemimpin UMNO dan Exco kerajaan negeri masuk ke Istana Besar Johor, Johor Bahru pukul 9.30 pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan kepimpinan parti mengunjungi hari ini Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Beberapa kenderaan pemimpin tertinggi UMNO mula memasuki Istana Besar Johor di sini pukul 9.30 pagi tadi.

Selain itu kenderaan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor turut kelihatan memasuki Istana Besar Johor.

Kedatangan pemimpin UMNO tersebut bagi meraikan sambutan ulang tahun penubuhan UMNO ke-80 dan mesyuarat Majllis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO Johor di Jalan Yahya Awal di sini pukul 3 petang ini.

Sambutan berkenaan dijangka menghimpunkan ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara sebagai simbolik memperingati sejarah penubuhan parti itu di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946.

Suasana di sekitar pekarangan istana turut dikawal ketat dengan kehadiran anggota keselamatan sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran lalu lintas di tengah pusat bandar raya Johor Bahru.

Beberapa pemimpin UMNO kelihatan berbusana Melayu berwarna putih dan merah.

Difahamkan bacaan Yasin akan diadakan sempena sambutan ulang tahun tersebut sejurus selepas pertemuan dengan Tunku Ismail. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast