Azmi Saat.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Azmi Saat akhirnya membongkar rahsia cara bagaimana golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sepertinya menggunakan media sosial terutama di Facebook.

Kata vokalis Caliph Buskers itu, orang buta juga boleh berhubung dengan dunia luar menerusi fungsi aksesibiliti yang tersedia dalam telefon pintar mereka.

“Rupanya masih ramai yang tak tahu orang buta ini boleh gunakan telefon sebab setiap kali saya buat perkongsian di media sosial, ramai tanya macam mana saya menaip.

“Ada juga yang tertanya-tanya saya boleh baca ke setiap komen. Ramai rupanya masih tak tahu.

“Sebenarnya kami menggunakan aksesibiliti yang ada di telefon pintar. Masuk di settings, on kan voice over nanti setiap tulisan akan dibacakan. Apa saja yang korang tulis, komen, berapa yang like semua saya boleh tahu,” katanya di hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya di sini.

Mengulas lanjut, Azmi, 39, berharap perkongsiannya itu dapat membuka mata masyarakat mengenai kehidupan dan cabaran sebenar yang dihadapi golongan OKU penglihatan ketika menggunakan teknologi moden.

“Punyalah dahsyat Threads tak mesra orang buta bila saya nak balas komen orang, sampai tak jumpa butang untuk post komen.

Voice over tak boleh baca butangnya, jadi saya lebih aktif di Facebook berbanding media sosial lain.

“Saya harap video ini dapat menjawab. Kalau sudi kongsikanlah supaya ramai yang tahu dan terus dapat mendalami dunia kami,” kata Azmi atau nama sebenar, Khairul Azmi Muhammad Saat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast