Sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand yang membawa 314 tepung ditahan AKPS Bukit Kayu Hitam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 341 beg dengan berat keseluruhan 6,280 kilogram (kg) tepung berjaya dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Kedah selepas dikesan sebagai barangan dagangan tidak diikrar, pada Ahad.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusof berkata, beg terbabit dikesan semasa pemeriksaan dijalankan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) jam 3.50 petang.

“Kita telah menahan sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand dan pemeriksan lanjut pasukan pegawai AKPS selepas imej imbasan mesin X-Ray menunjukkan terdapat ketidakselarasan pada muatan lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat sejumlah dagangan dipercayai tidak diikrar dan disembunyikan di sebalik barang yang telah diikrarkan dalam dokumen Kastam bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua barang dagangan rampsan membabitkan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM50,240 dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran tidak benar berkaitan dagangan yang dibawa masuk ke negara ini.

“AKPS akan terus memperketatkan kawalan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap dagangan yang dibawa masuk mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengelak cukai atau membuat pengikraran palsu,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast