KENYATAAN akhbar Amanah Selangor berhubung Himpunan Daulat Tuanku.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan membekalkan baju hujan pakai buang kepada peserta Himpunan Daulat Tuanku yang dirancang di Pintu 1 Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Sabtu ini.

Pengarah Komunikasinya, Abbas Azmi berkata, ia sebagai persediaan sekiranya pada hari dan waktu tersebut cuaca tidak menyebelahi para peserta.

“Harapan kami agar bantuan baju hujan pakai buang ini dapat melindungi peserta sekiranya berlaku hari hujan dan moga ia dapat membantu dan bermanfaat bagi peserta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pemuda Pas Selangor bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan “Himpunan Daulat Tuanku” pada Sabtu ini sebagai tanda solidariti mempertahankan institusi diraja susulan kontroversi membabitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, himpunan itu diadakan susulan beberapa tindakan dan kenyataan pemimpin DAP yang didakwa tidak menghormati kedaulatan institusi diraja di negeri berkenaan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast