Balqish Mohammad Dzyhan, 28, ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pengasuh dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan membunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan, pada 5 Mei lalu.

Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, 28, didakwa menyebabkan kematian terhadap Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di Taska Sri Idaman di Bandar Kinrara, Puchong.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun.

Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Farah Azura Mohd Saad kerana pertuduhan tersebut di bawah bidang Mahkamah Tinggi.

Sebutan kesalahan ditetapkan pada 14 Julai ini bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Selain itu, tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Suraj Singh.

Prosiding pertuduhan hari ini turut dihadiri peguam pemerhati mewakili keluarga mangsa, Nur Syakirah Nor Azam Shah, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Ainulathirah Jamalullail. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast