KUALA LUMPUR – Dua beradik maut akibat cedera parah di kepala selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh ketiga-tiga mangsa dari arah Jalan Meru ke Bandar Baru Klang, semalam.

Manakala seorang lagi yang dipercayai anak mangsa mengakami kecederaan ringan akibat kejadian langgar lari pada 7.40 malam tadi, demikian kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao.

Katanya, pemandu kenderaan yang merempuh bahu kiri jalan itu kemudian melarikan diri.

“Seorang lagi mangsa sedang menerima rawatan di hospital,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast