Vladimir Putin dan Xi Jinping pada pertemuan di Beijing pada 2024. - Foto AFP

ISTANBUL – Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 19 hingga 20 Mei atas jemputan Presiden China Xi Jinping, menurut pengumuman Kremlin pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kenyataan Kremlin, Putin dan Xi akan membincangkan hubungan dua hala, usaha memperkukuh perkongsian komprehensif serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara selain isu utama antarabangsa dan serantau.

Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka menandatangani kenyataan bersama selepas rundingan selain beberapa perjanjian dua hala melibatkan kerajaan, jabatan dan lain-lain, menurut kenyataan itu.

Putin turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang bagi membincangkan kerjasama perdagangan dan ekonomi.

Lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-25 Perjanjian Hubungan Kejiranan Baik dan Kerjasama Persahabatan antara kedua-dua negara.

Putin dan Xi juga dijadual menghadiri majlis perasmian Tahun Pendidikan Rusia-China (2026-2027). – BERNAMA-ANADOLU

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast