KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki warganegara Malaysia bagi membantu siasatan kes.
Jung Tsen Hee, 54, mempunyai alamat terakhir di No. 373, Lorong Chawan 14, Jalan Chawan, 93300 Kuching, Sarawak.
Beliau dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Kuching, Sarawak pada 29 Jun 2026 hingga 1 Julai 2026.
Manakala Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong, 41, pula mempunyai alamat terakhir di Kampung Talang Batin, 32800 Parit, Perak.
Beliau dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Jenayah Sesyen 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru, Johor pada 20 Mei 2026.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jung Tsen Hee diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Nur Asyiqin binti Mohd Zahid di talian 012-6855902 atau emel [email protected].
Bagi yang mempunyai maklumat berkaitan Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong pula diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Raja Mohd Firdaus bin Raja Semail di talian 011-35661995 atau emel [email protected]. -MalaysiaGazette















