Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ayam seekor dijual pada harga RM10 manakala beras seberat lima kilogram pula pada RM12, menjadi antara tarikan utama Program Jualan Rahmah MADANI – Jualan Mega Aidiladha 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr. Mohamad Khairil program itu bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian serta persiapan Aidiladha pada harga lebih rendah dan berpatutan sekali gus meringankan kos sara hidup rakyat.

Katanya, program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor itu akan berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini dari 9 pagi hingga 2 petang di lapan lokasi terpilih di seluruh Selangor.

Pada 23 Mei, lokasi terlibat ialah Dataran Bougainvilla Kampung Sungai Kertas, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Dataran Pantai Batu Laut dan Pejabat Parlimen Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar.

“Manakala pada 24 Mei, jualan akan diadakan di Balai Penghulu Telok Panglima Garang, Flat Taman Kem Pelabuhan Klang, Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang dan Tapak Parkir Econsave Sungai Buloh,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara barangan promosi ditawarkan termasuk ikan 900 gram pada harga RM6.50, daging 900 gram (RM10), telur gred B sepapan (RM7), minyak masak 2kg (RM10) serta lampin bayi pakai buang (RM7), dengan penjimatan sehingga RM11 bagi sesetengah produk.

Pengunjung diminta membawa kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan, manakala barangan promosi tertakluk kepada stok semasa di setiap lokasi dan cawangan terlibat.

Selain itu, PKPS turut melaksanakan Promo Raya Haji Ehsan Mart dari 15 hingga 31 Mei di tiga cawangan Ehsan Mart sebagai pilihan tambahan kepada orang ramai membuat persiapan Aidiladha. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast