Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

MANJUNG – Malaysia secara rasmi menghantar notis tuntutan lebih RM1 bilion kepada syarikat pertahanan Norway, Kongsberg susulan kegagalan membekalkan sistem peluru berpandu untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, notis tuntutan tersebut telah dihantar semalam.

Jelasnya, Malaysia menuntut kos langsung dan tidak langsung selepas Norway membuat keputusan unilateral menarik balik lesen eksport bagi sistem pertahanan tersebut.

Beliau berkata, Malaysia sudah membuat bayaran €126 juta (RM583 juta), bersamaan 95 peratus daripada nilai kontrak yang melibatkan sistem peluru berpandu surface- to- surface bagi kegunaan TLDM sebelum lesen tersebut dibatalkan.

“Semalam, kami telah menghantar notis kepada syarikat Norway itu. Kami menuntut kos langsung dan tidak langsung.

“Kos langsung berjumlah €126 juta (kira-kira RM583 juta), iaitu jumlah yang telah kami bayar kepada mereka,” katanya kepada media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast