Logo KWSP

KUALA LUMPUR – Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 2026) daripada RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata angka itu termasuk keuntungan dan kerugian sekuriti yang belum direalisasikan berdasarkan pasaran, selaras dengan tahun-tahun sebelumnya, yang berlaku terutamanya daripada turun naik kadar pertukaran asing.

Pendapatan ekuiti pula meningkat sebanyak 88 peratus kepada RM20.34 bilion pada suku pertama 2026 berbanding RM10.80 bilion pada suku pertama 2025, didorong oleh keuntungan pasaran yang meluas pada awal suku tersebut, memandangkan pengukuhan sentimen pelabur telah meningkat kebanyakan terhadap indeks utama.

“Bagaimanapun, momentum ini menyusut pada Mac apabila ketegangan geopolitik semakin meningkat dan ketidaktentuan global mencetuskan peningkatan turun naik pasaran,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast