Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan WPKL memeriksa kenderaan perdagangan pada Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 18 SEPTEMBER 2025

GOMBAK – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuhraya menambah kawasan meletak kenderaan perdagangan terutama sekali sebelum memasuki laluan waktu terhad.

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, ia bagi mengelakkan kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal yang bergerak merempuh kenderaan perdagangan yang berhenti di tepi jalan.

Dalam masa yang sama beliau berkata, setiap kenderaan bertanggungjawab meletakkan kenderaan masing-masing mengikut jenis di petak yang disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

“Kawasan R&R menyediakan kawasan parking untuk kenderaan persendirian, perdagangan dan bas.

“Jadi kita sebagai kenderaan persendirian parking di lot yang disediakan dan beri ruang masing-masing parking di lot masing-masing,” katanya ketika sidang media mengenai Ops Khas Kenderaan Perdagangan.

Katanya, JPJ sentiasa menguatkuasakan pemantauan di lebuhraya-lebuh raya bagi memastikan kenderaan berat tidak diletakkan di tepi lebuh raya.

“Dari segi penguatkuasaan laluan terhadp memang ada pasukan JPJ bermula 6 hingga 9 pagi,” jelasnya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast