Foto IG Nabila Huda.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nabila Huda memuat naik sebuah video memaparkan dirinya tampil lebih kemas dan sopan ketika menyediakan makanan untuk jualan dengan mengenakan pakaian yang sesuai berserta apron.

Ibu kepada seorang anak perempuan itu, dia kini sudah bersedia untuk melayani pelanggan yang hadir dengan mematuhi etika ketika meniaga makanan.

She is ready,” tulisnya di media sosial.

Lebih mencuit hati, Nabila turut dilihat berseloroh dengan meletakkan nametag certified thypoidqueen ketika berniaga.

Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa kecewa apabila perniagaan kecil-kecilan menjual pasta yang diusahakannya menerima kecaman daripada segelintir netizen.

Menurut Nabila, dia tidak menyangka pemakainnya ketika menyediakan makanan tersebut turut menarik perhatian sehingga menjadi topik bualan di media sosial.

Sementara itu, tindakan Nabila itu meraih pujian apabila menerima teguran dengan hati terbuka berhubung etika pemakaian ketika mengendalikan jualan pasta yang diusahakannya.

Menerusi perkongsian di Threads, netizen memuji sikap positif Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 42, yang tidak melatah malah mengambil maklum setiap pandangan diberikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast