Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mendedahkan sebanyak 91 peratus daripada 271,000 kandungan yang diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lalu melibatkan scam dan judi dalam talian, majoritinya di platform Facebook.
Beliau berkata, sindiket scam telah menyebabkan kerugian RM2.7 bilion kepada rakyat Malaysia tahun lalu, manakala bank-bank berjaya menyekat cubaan penipuan berjumlah RM1.2 bilion. Fahmi turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas melibatkan agensi penguatkuasaan, badan kawal selia, syarikat telco dan institusi perbankan bagi memperkukuh tindakan membanteras scam secara bersepadu, selain memberi perhatian terhadap trauma yang dialami mangsa penipuan















