Ketua Penerangan AMK Malaysia, Danish Hairudin tampil berucap dalam Ceramah Pakatan Harapan sempena Jelajah Pakatan Harapan Selangor Parlimen Kota Raja di Jalan Kebun, Shah Alam.
Dalam ucapan ini, beliau membidas kritikan pembangkang berhubung isu harga minyak, subsidi diesel dan krisis tenaga dunia. Danish Hairudin turut menyentuh perbandingan antara Malaysia dengan Thailand, Indonesia dan Filipina berkaitan subsidi bahan api serta kestabilan bekalan minyak.















