Dua buah beca musnah dalam kebakaran di sebuah premis mengecas bateri beca di Jalan PM10, Plaza Mahkota, Banda Hilir, Melaka, tengah hari tadi. Gambar - Ihsan JBPM Melaka

MELAKA – Dua buah beca musnah dalam kebakaran di sebuah premis mengecas bateri beca di Jalan PM10, Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 1.08 tengah hari itu, tiada mangsa terlibat kecuali sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang turut terbakar 30 peratus.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan dua buah beca 100 peratus di premis berkenaan yang dijadikan tempat mengecaj bateri beca.

“Turut terbakar kira-kira 30 peratus ialah sebuah motosikal Yamaha NVX yang diletakkan di dalam premis, namun tiada mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Punca kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan dan operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan I Abd. Rahim Ismail.

“Operasi tamat sepenuhnya pukul 1.30 tengah hari selepas bomba memastikan kawasan benar-benar selamat serta tiada risiko kebakaran berulang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast