Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) dan Sumud Nusantara akan diteruskan walaupun peserta didakwa berdepan penyeksaan, gangguan dan tekanan fizikal. Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan undang-undang di mahkamah antarabangsa serta tekanan diplomatik terhadap rejim Zionis Israel akan terus diperkukuh.















