KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan antara kawasan terjejas di Perak ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar selain beberapa daerah di Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.
Turut menerima amaran ialah Terengganu melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang serta Pahang termasuk Cameron Highlands, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut berada dalam kawasan amaran.
Selain itu, Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.
Bagi Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sibu, Mukah, Kapit dan Miri manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan mengurangkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk selain mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini seperti banjir kilat dan pokok tumbang. – MalaysiaGazette















