Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberi keterangan pada perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berkaitan suapan berjumlah RM225.3 juta.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan pada prosiding 6 Julai ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.















