Gambar hiasan

ISTANBUL – Kira-kira 1.8 juta jemaah haji mula bergerak menuju Padang Arafah di barat Arab Saudi, pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi memetik Agensi Berita Saudi.

Pergerakan jemaah haji dipantau rapi oleh pasukan keselamatan yang ditempatkan di sepanjang laluan dan laluan pejalan kaki bagi mengawal orang ramai mengikut pelan yang diluluskan.

Agensi itu melaporkan pergerakan jemaah dari Mina ke Arafah berjalan lancar.

Di Arafah, jemaah akan menunaikan solat Zuhur dan Asar selain melaksanakan rukun wukuf.

Jemaah kemudiannya akan bergerak ke Muzdalifah untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak, sebelum bermalam di sana hingga subuh keesokan harinya.

Rangkaian kemuncak ibadah haji bermula pada Isnin dengan ketibaan jemaah di Mina, di tengah-tengah perkhidmatan dan langkah keselamatan menyeluruh bagi memudahkan urusan ibadah itu.

Pihak berkuasa Saudi memperluas langkah organisasi dan keselamatan bagi musim haji 2026, termasuk penggunaan teknologi pengawasan serta sistem pemantauan orang ramai bagi mengurus pergerakan jemaah dan mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke kawasan suci. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast