Seorang pemandu peribadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Bukit Damansara, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Rafiq Zam, 23 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.














