Datuk Seri Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan akan mengumumkan parti politik baharu beliau pertengahan bulan depan.

Menurut laporan portal FMT yang memetik sumber terdekat Hamzah, persiapan bagi pelancaran parti baharu bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kini hampir selesai dan akan diadakan di ibu negara.

“Hamzah akan mengumumkan parti baharu pada bulan depan di mana sebahagian besar akar umbi Bersatu akan bersama dengan Hamzah,” kata sumber yang turut dipecat daripada Bersatu itu kepada FMT hari ini.

Sementara itu, portal Utusan Malaysia pula melaporkan, pelancaran parti baharu tersebut akan diadakan pada Konvensyen Reset sebelum sidang Dewan Rakyat pada 22 Jun ini.

Hamzah yang juga bekas Ketua Pembangkang dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu sebelum melancarkan gerakan `Reset’ keesokannya.

Turut dipecat ialah tiga Ahli Parlimen lain iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Azahari Hasan (Padang Rengas).

Seorang lagi Ahli Parlimen yang berada dalam kem Hamzah, Datuk Seri Saifuddin Abdullan (Indera Mahkota) sudah dipecat terlebih dahulu sebelum ini.

Sebelum ini, Hamzah dikaitkan akan memimpin Parti Keluarga Malaysia, bagi meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tahniah dan syabas kepada semua pemimpin parti politik..anda semua telah berjaya memperkecilkan lagi kumpulan orang melayu..Semuga berjaya membawa balik melayu jedalam hutan akibat perpecahan dan ketamakkan pemimpin melayu yg gila kuasa

Comments are closed.