Runtuhan akibat serangan Israel di Laylaki, selatan Beirut, Lubnan. Foto AFP (Gambar fail)

RAMALLAH – Pusat Operasi Kecemasan Lubnan di bawah Kementerian Kesihatan pada petang Selasa mengumumkan jumlah kumulatif korban akibat pencerobohan Israel sejak 2 Mac hingga 26 Mei meningkat kepada 3,213 orang, manakala 9,737 lagi cedera.

Agensi berita Palestin, WAFA memetik media Lubnan melaporkan bahawa serangan udara Israel ke atas bandar Burj al-Shamali mengakibatkan 10 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita, serta 12 lagi cedera, menurut angka awal.

Tentera Israel pada petang Selasa mengeluarkan amaran pemindahan segera kepada penduduk di 47 kampung dan bandar di selatan Lubnan, selain meneruskan serangan udara dan bedilan artileri ke atas puluhan kampung, manakala dron berada di ruang udara Lubnan. – BERNAMA-WAFA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast