Foto: Ihsan Bomba

KUALA KRAI – Seorang wanita maut, manakala lima lagi cedera termasuk dua kanak-kanak lelaki dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah kereta berhampiran sebuah stesen minyak di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata mangsa, Safinaz Razmi, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 7.18 pagi dan tiba di lokasi kejadian 26 minit selepas itu.  Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard dengan sebuah kereta Perodua Bezza.

“Bagaimanapun, wanita yang berada di dalam kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang maut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang cedera pula, katanya, melibatkan tiga orang di dalam kereta Perodua Bezza dan dua kanak-kanak lelaki yang menaiki Toyota Alphard, dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast