Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara ini

KUANTAN– Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara ini.

Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan para wartawan yang sentiasa komited dalam menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat menerusi kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang.

“Paduka Baginda turut menyanjung tinggi peranan media sebagai medium penting dalam memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat,” titahnya.

Dalam pada itu, baginda berdua berharap seluruh pengamal media akan terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia komunikasi masa kini.

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang turut mendoakan agar semua wartawan dan pengamal media sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keselamatan serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah kepada agama, bangsa dan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast