Foto: FB Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Pesta Kaamatan yang disambut pada Mei setiap tahun bukan sekadar perayaan tradisi, malah merupakan warisan budaya penting melambangkan kesyukuran, perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tema sambutan pada tahun ini iaitu “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” amat bertepatan dengan semangat negeri itu yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam serta kepercayaan.

Beliau berkata kepelbagaian warisan dan budaya tersebut merupakan kekuatan utama yang terus menyatukan seluruh rakyat sebagai satu keluarga besar Sabah.

“Marilah kita terus memelihara warisan budaya yang diwariskan nenek moyang kita, sambil memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan demi kemajuan negeri yang kita cintai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji turut mengucapkan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” bermaksud Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh lapisan rakyat Sabah. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast