Dataran Pahlawan Negara.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 das tembakan meriam akan dilepaskan pada sambutan Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Yang di-Pertuan AgongTahun 2026, 5 Jun ini di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, Putrajaya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed menasihatkan penduduk sekitar supaya tidak panik apabila mendengar letupan meriam pada hari tersebut.

Dalam masa yang sama katanya, dijangkakan berlaku kesesakan jalan raya bermula jam 7 hingga 10 pagi pada hari berkenaan.

“Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan agar memberi kerjasama dan mematuhi isyarat yang diberikan oleh pihak polis bagi memastikan kelancaran istiadat perbarisan yang diadakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu beliau memaklumkan, sebanyak tiga laluan utama akan terkesan sempena istiadat tersebut seawal jam 7 pagi.

Laluan yang dijangka terkesan adalah Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah; Jalan Lebuh Perdana Timur dan Laluan Sekitar Kompleks E.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Terdahulu katanya, sesi raptai penuh akan diadakan pada Rabu ini bermula jam 8.30 pagi dengan dua das tembakan meriam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast