Foto: AFP

BEIRUT – Seramai 13 petugas kesihatan cedera dalam serangan udara Israel pada Ahad yang menyasarkan kawasan sekitar Hospital Hiram di Bandar Tyre, selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan Lubanon.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pengeboman berkenaan turut mengakibatkan “kerosakan teruk selepas hospital itu sememangnya telah mengalami kerosakan dalam serangan Israel sebelum ini.”

Pihak kementerian turut menggesa komuniti antarabangsa untuk “menamatkan serangan Israel yang semakin memuncak dan meluas tanpa menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta norma antarabangsa.”

Serangan berkenaan berlaku ketika tentera Israel mempertingkatkan serangan mereka di seluruh Lubnan, di tengah-tengah pelanggaran harian terhadap perjanjian gencatan senjata rapuh yang telah berkuat kuasa sejak pertengahan April lepas.

Menurut pegawai Lubnan, sejak 2 Mac, serangan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 3,371 orang, mencederakan 10,129 yang lain dan menyebabkan lebih 1.6 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. – BERNAMA-ANADOLU

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast