Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan,

SEPANG – Pengurusan Haji 1447H/2026M kali ini terbukti bersistematik, rapi dan teliti.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ia diterjemahkan menerusi pengiktirafan Anugerah Labbaitom kelima yang diterima Lembaga Tabung Haji  baru-baru ini.

“Secara rumusannya, Alhamdulillah, urusan haji kali ini sangat-sangat tersusun, begitu sistematik, rapi dan teliti.

“Saya ucapkan tahniah kepada Tabung Haji yang sentiasa terkehadapan sebagai peneraju pengurusan haji dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Ketibaan Zulkifli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada petugas Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana bertungkus-lumus memastikan urusan jemaah haji kali ini lancar.

“Alhamdulillah, kita lihat persiapan sejak dari tanah air denvan kursus-kursus haji perdana dan sebagainya termasuklah dengan penerbangan, kemudian dengan penginapan, logistik, kemakanan, sajian dan juga keselamatan.

“Semuanya disusun begitu rapi dan teliti dan ini dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada Jumaat Haji Malaysia. Alhamdulillah,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi khususnya Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri, Mohammed bin Salman serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah atas pelbagai transformasi yang dilaksanakan dalam pengurusan haji.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast