Foto: FB Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan kerajaan yang stabil penting untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, ekonomi terus berkembang dan bekalan makanan negara sentiasa terjamin.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, semua pihak perlu terus mengutamakan perpaduan, menolak politik perpecahan dan bekerja bersama demi masa depan Malaysia yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Menerusi Facebooknya malam ini, Mohamad turut berkongsi beberapa catatan antaranya menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin negara.

Ujarnya, PH mahu terus berkawan, namun bersedia bertanding habis-habisan jika ada pihak memilih untuk berlawan.

Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi kejayaan kerajaan dalam aspek keterjaminan makanan, ekonomi dan pembangunan tanpa diskriminasi.

Katanya, kerajaan telus mengenai ekonomi, harga minyak dan bekalan makanan yang mana bekalan beras negara mencukupi sehingga hujung tahun ini.

Selain itu, katanya, sektor pertanian Johor terus diperkasa dengan peruntukan tambahan manakala bantuan serta pembangunan diberikan secara adil tanpa diskriminasi politik. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast