Gambar yang tular di media sosial.

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis (4 Jun).

MOSTI menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan setakat ini.

“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

MOSTI menasihati orang awam agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau e-mel kepada [email protected].

Selain itu, kementerian tersebut juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi manakala sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast