Seorang wanita ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terkunci di dalam tandas sebuah rumah di Jalan Sungai Sembilang, Kampung Umbai, Melaka malam tadi. Gambar - Ihsan JBPM Melaka

JASIN – Seorang wanita ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terkunci di dalam tandas sebuah rumah di Jalan Sungai Sembilang, Kampung Umbai di sini, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.24 malam.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkaitan sebelum operasi tamat pada 9.50 malam.
Gambar – Ihsan JBPM Melaka

Menurutnya, kejadian menimpa wanita berusia 53 tahun itu disedari ahli keluarga apabila mendapati pintu tandas tidak dapat dibuka sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau bergegas ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba kira-kira sembilan minit kemudian mendapati wanita berusia 53 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaik sahaja pintu berjaya dibuka.

“Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkaitan sebelum operasi tamat pada 9.50 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast