Jaafar  bersama saf kepimpinan Bersatu Rompin menyerahkan borang keahlian UMNO kepada UMNO Bahagian Rompin di Muadzam Shah hari ini.

ROMPIN – Landskap politik UMNO di Rompin berubah apabila bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah pada PRU-15, Jaafar Mustafa bersama lebih bersama seramai 65 ahli Parti Bersatu di kawasan itu kembali kepada UMNO.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, langkah tersebut disambut baik  oleh UMNO.

“Alhamdulillah kembalinya kepimpinan dan ahli Bersatu Rompin itu ke pangkuan UMNO membuktikan kekuatan sebenar terletak pada kesatuan dan kestabilan,” katanya di sini malam tadi.

Jelas  Razali, signal tersebut jelas menunjukan sokongan akar umbi di Rompin semakin kembali  kepada UMNO di mana Semangat Rumah Bangsa terus menjadi simbol penyatuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam itu turut berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan berharap perjuangan ini akan terus diperkukuh demi rakyat dan negeri Pahang.

Razali berkeyakinan UMNO kembali menguasai Parlimen Rompin dengan gerak kerja Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Muadzam Shah pada PRU-15, Jaafar Mustafa bersama lebih bersama seramai 65 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Rompin membuat keputusan telah kembali kepada UMNO hari ini.Sementara itu, Jaafar Mustafa pula berkata, keputusan besar bertaut semula kepada UMNO itu dibuat setelah  mempertimbangkan pelbagai aspek secara mendalam khususnya demi kepentingan rakyat serta masa depan politik.

“Sebelum ini saya telah meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Bersatu pada tahun 2021. Namun, mutakhir ini saya melihat hala tuju serta kepimpinan parti itu tidak lagi mampu meyakinkan saya dan sebahagian rakan-rakan untuk meneruskan perjuangan dalam wadah tersebut,” katanya.

Jelasnya  keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan atau pengaruh daripada mana-mana pihak.

Jaafar juga menyeru sahabat perjuangan agar terus memandang ke hadapan, mengetepikan perbezaan, memperkukuhkan ukhwah serta bersatu dalam satu saf perjuangan demi kepentingan rakyat dan masa depan yang lebih baik untuk daerah itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast