Perbicaraan kes bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dan ahli perniagaan, Datuk Mahadi Badrul Zaman atas pertuduhan berkaitan perniagaan sekuriti tanpa lesen, akan didengar secara bersama di Mahkamah Sesyen di sini bermula Mei tahun depan.
Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan perbicaraan didengar selama 15 hari pada 27 dan 28 Mei; 23 dan 30 Julai; 9 hingga 11 dan 18 serta 19 Ogos; sebelum bersambung pada 6 hingga 8 serta 27 hingga 29 September 2027.















