Home Nasional Pertikaian hutang punca pergaduhan di Jinjang, 13 suspek ditahan

Pertikaian hutang punca pergaduhan di Jinjang, 13 suspek ditahan

KUALA LUMPUR – Pertikaian berkaitan hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan individu dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan daripada MERS 99 berhubung kejadian itu sekitar pukul 3.27 petang.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, beberapa operasi serbuan di sekitar Kuala Lumpur telah berjaya menahan 13 lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 51 tahun dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian.

“Tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Senul bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian disyaki berpunca daripada pertikaian berkaitan urusan hutang dan kemudian bertukar menjadi pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semakan rekod mendapati beberapa suspek mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau alat berbahaya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast