Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ditemui media pada Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR –  Polis sudah mengambil keterangan pegawai dan anggota sebuah balai di Wangsa Maju berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan berhubung dakwaan itu dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Buat masa sekarang siasatan masih dijalankan bagi memastikan dakwaan itu berasaskan fakta atau tohmahan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai di sini, hari ini.

Tambah Fadil, bagaimanapun pegawai dan anggota yang disiasat masih bertugas seperti biasa sehingga siasatan dakwaan itu benar dan berasas.

Terdahulu, tular tangkap layar perbualan di media sosial daripada penduduk Wangsa Maju mendakwa salah seorang ketua balai polis di daerah itu dan anggotanya terlibat dalam salah guna dan rasuah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast