Tun Faisal Ismail Aziz.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang menggunakan sistem `mullah’ selepas Pas menamakan semula Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut beliau, ini selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bukan anggota Majlis Tertinggi (MT) PN mem`veto’ keputusan mesyuarat MT yang sebelum ini melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Hamzah.

“Walaupun telah diputuskan dalam Mesyuarat MT PN, yang pengerusinya adalah dari Pas, begitu juga Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Pemuda, tetapi Presiden Pas yang bukan anggota MT PN boleh mem’veto’ keputusan itu seolah-olah PN sekarang sedang menggunakan sistem Mullah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, keputusan Pas menamakan semula Hamzah sebagai Ketua Pembangkang sememangnya sudah dijangka.

Beliau turut berkongsi kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang pernah mengingatkan berkenaan sikap Pas yang disifatkan `talam dua muka, siang cakap lain, malam berubah cakap lain’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast