Anggota bomba melakukan kerja menyelamat seorang wanita yang pengsan ketika mendaki di Bukit Tunggal, Kampung Gajah, Pasir Salak. Foto JBPM Perak

PASIR SALAK – Seorang wanita pengsan ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tunggal, Kampung Gajah dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.59 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai dan tiba jam 9.12 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa, wanita berusia 23 tahun telah pengsan ketika melakukan aktiviti mendaki bersama 18 rakannya.

“Ketua Operasi kemudian menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota membawa turun mangsa menggunakan pengusung dengan bantuan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, mangsa berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 9.44 pagi. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast