Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir

MELAKA – Polemik komuniti Rohingya yang semakin hangat diperkatakan ketika ini bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya merupakan ‘letupan’ yang telah terlalu lama dijangkakan golongan akademik.

Ia susulan kegagalan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap pelbagai cadangan pengurusan pelarian yang telah dikemukakan sejak lebih 20 tahun lalu.

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, beliau bersama beberapa sarjana dan penyelidik telah berulang kali bertemu beberapa Menteri KDN yang silih berganti sejak 2004.

“Kami kata okey, sebelum dia (Rohingya) beranak banyak, iyalah masa itu 21 tahun dulu. Apa perancangan pengawalan pelarian oleh kerajaan Malaysia? Kita buat (cadangan). Kita dipanggillah mesyuarat.

“Setiap menteri KDN baru, kita pergi tapi bila dah tiga ke empat kali pergi, kena halau pun pernah jadi kami rasa you (kerajaan) tak hargai apa yang sarjana UKM ini buat.

“Jadi kami ambil keputusan tak apalah. You deal with it. (uruskanlah sendiri) dan kami memang menjagakan ‘letupan’ akan berlaku dan betul, ia berlaku hari ini,” katanya menerusi Podcast Bawa Otak terbitan UKM Pakarunding.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/06/15/pelarian-kdn-pelawa-ahli-akademik-pakar-aktivis-kemuka-cadangan/

Menurut beliau, keadaan yang berlaku hari ini sepatutnya menjadi pengajaran bahawa pengurusan pelarian memerlukan perancangan jangka panjang dan bukannya pendekatan ad hoc.

Katanya, pihak yang menolak cadangan dan proposal terdahulu mungkin tidak merasai sendiri kesan kehadiran pelarian di kawasan kediaman mereka, berbeza dengan rakyat biasa yang berdepan situasi tersebut setiap hari.

“Masalahnya yang menolak-menolak proposal kami ini dia tak duduk sebelah rumah Rohingya. Dia tak duduk dekat flat-flat dekat dengan Rohingya. Dia duduk tempat-tempat elite.

“Jadi mana dia pernah nampak Rohingya?. Tapi rakyat biasa yang pergi pasar, yang terpaksa disekeliling ini rasa semak.

“Saya rasa saya terancam apabila pergi ke Bukit Bintang, dia (pelarian Rohingya) tarik-tarik baju minta bagi duit,” katanya.

Justeru, Salawati menegaskan, berpandangan isu pelarian Rohingya tidak boleh lagi dianggap remeh atau dipandang sepi kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat, imej negara dan reputasi Malaysia di mata antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast