Guru kelas Damiea memaklumkan bahawa remaja berkenaan tidak hadir ke sekolah

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Pandan Indah, Ampang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, laporan berhubung kehilangan Damiea Qalisya Syafri diterima pengadu iaitu ibunya pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, pengadu menerima makluman daripada guru kelas remaja berkenaan bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah.

“Pengadu tidak pasti punca orang hilang (OH) lari dari rumah dan memaklumkan tiada perselisihan faham berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 152 sentimeter, berat 52 kilogram, berbadan kurus dan berkulit sawo matang.

Katanya, lokasi terakhir remaja itu dipercayai di Blok AM, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faizah Mohd. Anuar di talian 017-3422804. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast