Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di sebuah taman tema air di Sungai Buloh pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh sendiri selepas keluar dari kawasan kolam berkenaan. 

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Zul Irfan Omar di talian 017-5393648 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast