Selat Hormuz

WASHINGTON – Kapal yang menggunakan Selat Hormuz tidak perlu lagi membayar tol selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perjanjian damai dengan Iran.

Menurut seorang pegawai kanan pentadbiran Trump, di bawah perjanjian damai itu, antara insentif dicadangkan merangkumi penyaluran dana pembinaan semula buat negara terjejas peperangan Asia Barat bernilai AS$300 billion (RM1.2 trilion).

Tambahnya, penyaluran dana berkenaan bergantung kepada prestasi atau kemajuan pelaksanaan pelan damai itu,

Selain Trump, Memorandum Persefahaman (MoU) itu ditandatangani oleh Naib Presiden AS, JD Vance dan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, namun dilakukan secara elektronik semalam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast