Bazit Adetokunibo Rafiu

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari sebuah maahad tahfiz di Rawang dekat sini sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Bazit Adetokunibo Rafiu kira-kira 10.32 malam.

Menurut beliau, kanak-kanak itu dipercayai keluar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Habibiyyah, Jalan Kuang, Batu 20, Kuang pada 15 Jun lalu sekitar 7.30 pagi dan tidak kembali sejak itu.

Menurutnya, mangsa mempunyai ciri fizikal berbadan kurus, tinggi lebih kurang 126 sentimeter, berat sekitar 25 kilogram, berkulit hitam, berambut hitam keriting, bermata bulat dan bermuka bujur.

“Pakaian terakhir mangsa tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-6550262 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast